Tinggalkan Jejak Anda

    SalaM SejahterA SmuA~ Selamat Datang Ke *Ku ISI KaTa* Jangan Lupa Tinggalkan Jejak Anda~Sekian~ http://www.smileycodes.info Jom Jelajah Blog aNyLzA

Owner Blog's

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Tuesday, March 1, 2011

Berbalas pantun





Pantun 1:

Kalau roboh Kota Melaka,
Papan di-Jawa saya dirikan,
Kalau sungguh bagai di-kata,
Badan nyawa saya serahkan.

-balas-

Kalau sungguh bagai dikata,
Mengapa badan dpertaruhkan,
Itu Bukan pendirian Saya,
Kerana cintaku Agungkan Tuhan.

Pantun 2:

Laksamana Hang Tuah lima bersaudara,
Pergi ke Pahang mencari Tun Teja,
Wahai Cik Abang...saya nak tanya,
Mengapa Abang bermuram durja?

-balas-

Hang tuah hang jebat Berkawan Baik,
Kerna Sultan Putus Sahabat,
Wahai Cik Adik yang sungguh cantik,
Jiwa dan Hati Sudah Tertambat.

Pantun 3:

Relekslah brader kitakan kawan,
Seronok berpantun mari meriahkan,
Takkanlah sampai nak hilang kawan,
Kerana kekasih sahabat diketepikan..

-balas-

Hilang kawan Hilanglah Teman,
Adanya kekasih pengubat hati,
Takkan Pergi cinta dan Sayang,
Persahabatan kita sampai ke Mati.

Pantun 4:

Wahai saudaraku yang kukasihi,
awasilah diri di zaman ini,
tipu pedaya umpat dan caci,
subur dan mekar di saat ini.

-balas-

Wahai saudaraku ingat mengingati,
tiada gunanya meninggi diri,
umpat dan caci harus dijauhi,
kerana ia merosakkan diri.

No comments:

Post a Comment