SAHABAt yang baik akan sentiasa berada di sisi pada saat kita memerlukannya,
Setiap insan memerlukan seorang teman,
hidup secara berkelompok atau memerlukan pasangan hidup untuk berkongsi kegembiraan mahupun kedukaan. Sebuah persahabatan yang bahagia memerlukan jalinan perasaan yang luhur, tulus dan sejati.
Sikap egois sememangnya tidak perlu wujud dalam persahabatan kerana
ia akan menghancurkan persahabatan itu sendiri.
Sebaliknya, ia diganti dengan sikap saling memahami dan percaya-mempercayai antara satu sama lain.