Tinggalkan Jejak Anda

    SalaM SejahterA SmuA~ Selamat Datang Ke *Ku ISI KaTa* Jangan Lupa Tinggalkan Jejak Anda~Sekian~ http://www.smileycodes.info Jom Jelajah Blog aNyLzA

Owner Blog's

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Tuesday, March 1, 2011

Kau masih Sahabatku


Dahulu kau pendukungku,
penemanku disaat suka dan duka,
Namun,
Kini kau hilang..
mengkhianati persahabatan,

Dahulu kau sering mengembirakan aku,
dengan lawak jenakamu,
Kini kau hamparkan aku dengan
kata-kata yang pedih,
Yang membuatkan aku menitiskan
Air Mata..
Mengapa Sahabatku?

Sahabatku,
Suci sungguh erti Persahabatan kita,
Indah Jernih kenangan bersama,
Mengapa kini kau khianatinya,
Apakah erti sahabat?
Mengertikah kau ertinya?

Sahabatku,
Ingatkah kau saat kita belasan tahun,
berbaju putih berkain biru,
menyandang beg serta buku-buku,
Memegang pen juga pensel,
Mendengar ajaran dan ingatan guru,
Puluhan tahun kita bersatu,
Tidakkah kau menyayangi ikatan ini,
Hanya kerana
rahsia itu?
berbaloikah bagimu sahabatku...

Sahabatku,
Andai kau membaca rintihan ini,
Pastinya kau mengerti
sakitnya erti kecewa,
Biarpun puncanya hanya rahsia kita..
Aku masih menganggap dirimu
masih lagi Sahabatku..


No comments:

Post a Comment