Tinggalkan Jejak Anda

    SalaM SejahterA SmuA~ Selamat Datang Ke *Ku ISI KaTa* Jangan Lupa Tinggalkan Jejak Anda~Sekian~ http://www.smileycodes.info Jom Jelajah Blog aNyLzA

Owner Blog's

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Tuesday, March 1, 2011

Persahabatan


Sebaik-baik sahabat
elok dalam perangai dan budi pekerti.
Jangan sirami persahabatan dengan benci...
Bajailah perhabatan dengan kasih dan cinta,
Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya,
jangan kamu meninggalkan dia, kerana sekali ia membengkok dan sekali juga ia melurus.

Sendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat,
dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada sendirian.
Apabila engkau ingin mengambil seseorang menjadai teman,
maka buatlah dia dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.

Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu, maka ambillah dia menjadi sahabatmu. Kalau engkau ramai sahabat bersyukurlah!
Lantaran ramai orang yang menghargai dan memperhatikan engkau,
tandanya harga dirimu mahal dan
timbangannya berat.

Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman.

Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat
berkata-kata benar denganmu,
dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katamu.
Teman-teman kita kasihi daripada keluarga dan anak-anak kita,
kerana keluarga mengingatkan kita kepada dunia dan teman-teman mengingatkan kita pada akhirat.

Uji sahabatmu dengan kepapaan atau kesusahan kamu.
Kekayaan menarik sahabat-sahbatmu.,
kemiskinan menjadi penolaknya.
Sahabatmu pada hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok.
Bersahabat dengan orang jahat itu ibarat berperahu di laut.
Sunguhpun kita selamat daripada tenggelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut.

Sahabat sering menjadi musuh.
Oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat.
Bermusuh dengan orang yang berakal lebih ringan daripada bersahabat dengan orang bodoh. Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.

Sahabatmu suka kepadamu,tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu.
Bila orang merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya, hanya sahabat yang setia sanggup membuka matanya.

Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.
Jangan ditanya siapa orang itu,tetapi tanyalah siapa temannya.
Kerana teman saling mencontohi.

Hidup tidak akan ceria sekiranya kita keseorangan.
Berbekalkan fitrah semulajadi yang telah Allah tentukan, kita rasa bahagia bila dapat berkawan.

Bersama kawanlah
kita mengenal erti kasih dan sayang sesama insan, menyulam ilmu dan pengalaman dalam kehidupan. Alangkah bertuahnya badan jika kita mendapat sahabat yang sejati,yang memahami diri kita, selalu menasihatkan bila terlupa,sentiasa membantu dan mengutamakan perasaan kita, susah dan senang bersama........

untuk renungan bersama....
tidak orang berdosa yang tidak ada masa depan dan tidak ada orang yang sempurna yang tidak ada masa silam...

No comments:

Post a Comment